Mandarin Orange Mantou (Steamed Bun)

13 orang bercadang membuatnya
Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Klang, Selangor

#cny2020
Disebabkan peraduan Cookpad kali ni bertemakan CNY (Chinese New Year) jadi saya terfikir utk membuat kuih bentuk buah limau memandangkan limau sgt sinonim dgn perayaan kaum Cina..Dan kuih yg selalu dihidangkan adalah mantou sejenis bun @ roti yg di kukus, maka saya buatlah mantou bentuk buah limau..sebenarnya mantou ni ada 2 jenis, ada yg di goreng & di makan dgn susu. Utk mantou yg di kukus pula, ada yg letak inti & ada pula tanpa inti. Inti yg biasa di gunakan ialah kacang merah, sayur sayuran dll. Mantou yg saya buat ini adalah tanpa inti tapi ia rasa buah labu kerana saya menggunakan puri labu di dlm adunan..saya hidangkan dgn menyapu sekaya pandan pd mantou..sedap di makan ketika panas2..

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

  1. 🍊 1/2 biji buah labu saiz kecil-kupas kulit & potong kecil
  2. 🍊 260 gm tepung kek @ tepung roti
  3. (boleh guna 250gm tepung gandum & 10gm tepung jagung)
  4. 🍊 4 gm yis kering
  5. 🍊 40 gm gula
  6. 🍊 40 ml air
  7. 🍊 10 ml minyak jagung @ minyak masak
  8. 🍊 1/2 sudu teh garam halus
  9. 🍊 sedikit pewarna oren
  10. 🍊 daun plastik

Cara Memasak

  1. 1

    Kukus labu selama 5 minit @ sampai lembut. Kemudian, blend dgn air hingga halus menjadi puri (dapatkan 150gm puri labu ye)

  2. 2

    Di dlm mangkuk adunan, satukan puri labu, tepung, yis, gula, air, minyak, garam & pewarna oren. Gaul & uli selama 10-15 minit hingga menjadi doh yg agak lembut & tidak melekat di tangan. Jika doh terlalu lembut, tambah sedikit tepung lagi.

  3. 3

    Perap doh di dlm bekas bertutup selama 30 minit hingga naik 2x ganda. Saya tutup dgn plastik wrap

  4. 4

    Timbang doh setiap satu 30-40gm (dpt dlm 7-8 biji) Bulat2kan & masukkan ke dlm kain tuala & genggam/ramas dgn kuat supaya corak kain tuala melekat pd doh sebagai kulit buah limau

  5. 5

    Buat lubang di tengah2 doh dgn menggunakan chopstik sebagai bekas tangkai limau. Kemudian gariskan pula sebanyak 5x di tepi lubang tadi sebagai line pd kulit limau

  6. 6

    Letak di atas baking paper/kertas minyak. Rehatkan 30 minit hingga kembang

  7. 7

    Kukus selama 10-15 minit dgn api sederhana besar.

  8. 8

    Setelah masak, cucuk dgn daun plastik di tengah2 lubang tadi sebagai daun limau. Sedia dihidangkan panas2 & boleh cicah dgn sekaya @ jem yg di sukai..

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
pada
Klang, Selangor
🍉 Watermelon Lover 🍉 Suka buat kuih, desserts, kek & biskut bentuk tembikai 🍉🍉
Baca lagi