Kek Batik Strawberry Ganache

13 orang bercadang membuatnya
Zull Hans
Zull Hans @cook_21531149
Kuching SARAWAK

Kek yang sangat popular di Malaysia,dengan kepelbagaian topping di atas.. #cookpadworlddessert

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

  1. 300 gm Roti Merry (patah 2)
  2. 200 gm Milo
  3. 250 gm Butter Churn
  4. 250 gm Susu Manis
  5. 3 Sb Dark Cocoa Powder
  6. 50 ml Air Biasa
  7. 100 gm Kacang Ditumbuk Kasar (yang dah siap disanggai)
  8. Strawberry Ganache
  9. 1 SB golden syrup (optional)
  10. 2 SB butter
  11. Pewarna pink secukupnya

Cara Memasak

  1. 1

    Cairkan Butter kedalam kuali..Selepas cair,masukkan susu..gaul sampai sebati..

  2. 2

    Masukkan Milo dan Cocoa Powder,gaulkan lagi sampai betul² sebati dan tak da ketulan milo dalam adunan (guna api sederhana kecil sahaja)dan air..

  3. 3

    Selepas adunan sebati,barulah masukkan roti merry yg dah dipatah 2 ke dalam adunan sedikit demi sedikit,bersama kacang tanah,sehingga adunan milo serap dan melekat di roti..

  4. 4

    Sediakan loyang 7x7,yg sudah gris dgn minyak dan dilapik dgn baking paper...masukkan sedikit demi sedikit dan tekan perlahan² dgn menggunakan penekan kek di atas permukaan kek yg dilapik dgn baking paper(supaya adunan xmelekat kat penekan kek) - ketepikan

  5. 5

    Topping Ganache ; ambil bowl dan masukkan white chocolate..asingkan.

  6. 6

    Panaskan whipping cream dalam pan sehingga mendidih. (Jgn terlalu lama,nanti whipping cream akan berkerak)

  7. 7

    Kemudian,tuangkan whipping cream td ke dlm bowl chocolate dan kacau cepat² sehingga menyatu..

  8. 8

    Kemudian,masukkan butter,strawberry paste, golden syrup dan perwarna pink...kacau sebati..

  9. 9

    Tuangkan ganache ke atas kek td,dan sejukkan semalaman...

  10. 10

    Selamat mencuba 😉

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Zull Hans
Zull Hans @cook_21531149
pada
Kuching SARAWAK
saya lebih suka memasak,dan mencipta makanan..dan juga berminat untuk mencipta kek lapis sarawak yang premium.. kalau ada yang berminat untuk tempahan,sila inform ye 😊 @DapurOrangBujang 😎
Baca lagi

Carian Teratas bagi