Mardiana Jaafar
Mardiana Jaafar @mardiana_jaafar
Melaka

#goldenapron2020 #minggu29
Minggu lepas apabila pulang ke kampung, teringin nak makan mee sup. Mak cakap "meh mak tolong along masak. Kita boleh masak sama-sama."

Rupanya cara mak masak sup ayam dan saya tak sama. Patutlah rasanya berbeza. Nak tau apa yang bezanya? Let's check it out. Jom saya kongsikan cara bonda kesayangan saya masak mee sup.

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

30 minit
10 orang
  1. 1 peket mee kuning
  2. 5 ulas bawang merah
  3. 3 ulas bawang putih
  4. 1 inci halia
  5. 1 peket rempah mee sup
  6. 3 sudu besar serbuk sup adabi
  7. 3 liter air
  8. 300 gram isi ayam
  9. 1 ikat sawi

Cara Memasak

  1. 1

    Hiris bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan ke dalam blender dan isi air separas bawang. Kemudian masukkan terus ke dalam periuk dan kacau rata.

  2. 2

    Setelah tumisan mendidih, masukkan 4 sekawan. Bancuh serbuk mee sup didalam mangkuk dengan sedikit air. Tuang ke dalam periuk. Masukkan air. Seterusnya, masukkan serbuk sup adabi.

  3. 3

    Di dalam kuali yang berlainan, keringkan air isi ayam. Angkat ayam tersebut dan toskan airnya. (Inilah cara bonda saya) cara saya, terus je masukkan isi ayam ke dalam periuk sup.😂 Masukkan isi ayam kita tadi ke dalam periuk sup. Kacau rata.

  4. 4

    Seterusnya, lalukan air ke dalam bekas mee kuning. Toskan airnya. Bagi yang sukakan sayur, boleh celurkan sawi seketika dan toskan airnya. Siap untk dihidang. Menu ini amat sesuai dipadankan dengan sambal cili kicap. Resepi sambal cili kicap saya akan upload selepas ini. Selamat mencuba.

  5. 5

    Ada yang tak tau apa itu rempah 4 sekawan? Ia terdiri dari buah pelaga, kayi manis, bunga lawang dan bunga cengkih.