Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik

🤩 Ya Allah kenapa sedap sangat.. rasa pi bulan nihh😂.. bertuah punya si abang chik Irfan, hahaha.. abang chik punya pujian buat lubang hidung mama triple size tau😂
adehhh mulut dia memang sweet lebih dari gula tau.. mama pun dah lebih 3 biji makan😆 melting sangat..
Alhamdulillah pada yang rasa dan dapat makan semua jatuh hati, dorang cakap puas hati best..

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 cawan tepung pulut
  2. 1/2 sudu kecil garam halus
  3. Untuk inti :
  4. 1/2 ketul gula melaka - diracik halus
  5. 1/3 cawan gula merah cap bintang
  6. 2 sudu besar gula halus/kastor
  7. Acuan lompang secukupnya

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan kelapa parut dan garam halus gaul sekata.

  2. 2

    Masukkan sedikit-sedikit tepung pulut sambil digaul sebati dan buat hingga tepung habis. Akan dapat hasil berderai.

  3. 3

    Masukkan penuh adunan kelapa ke dalam acuan, tekan dengan ibu jari buatkan seperti berlubang di tengahnya, letak gula melaka, gula merah dan gula pasir lebih kurang satu sudu kecil. Atau boleh satukan dahulu ketiga-tiga jenis gula itu kemudian letak sahaja satu sudu kecil.

  4. 4

    Pastikan air telah mendidih, kukus selama 15 minit. Alihkan dan tunggu suam-suam keluarkan dari acuan. Nikmat tau makan suam-suam.

  5. 5

    Nota :
    ✅kemanisan inti ikut citarasa masing-masing. Jika satu sudu kecil terasa manis boleh kurangkan.

Ditulis oleh

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
pada
Dapur Merecik Follow saya di CookPad Follow FB Julia Aleen Aireish Follow IG julia_aleenaireish Suka up macam-macam resipi Masak dengan penuh kasih sayang baru merecik
Baca lagi