Ain Mohd Kitchen
Ain Mohd Kitchen @AinMemasakNo1
Pulau Pinang, Malaysia

Jom kita layan sup ala thai ni. Tambah telur dadar, ngam teruksss oii 😋.

Jom masak ✌🏻

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

45 minit
1 hidangan
  1. Bahan A (rebus sehingga daging tepi tulang setengah empuk)
  2. 1/2 kilo tulang rusuk lembu
  3. 700 liter air kosong
  4. 1 batang serai diketuk
  5. 1 inci halia
  6. Bahan B (tumis)
  7. 1 senduk kecil minyak masak
  8. 4 biji cili padi (nk pedas lagi boleh tambah)
  9. 1 batang daun saleri (optional- potong menyerong)
  10. 1 batang serai diketuk
  11. 1 biji bawang merah dipotong halus
  12. 2 ulas bawang putih diketuk
  13. 1/2 inci halia diketuk
  14. 3 batang daun ketumbar
  15. Bahan C (tambahan)
  16. 3 helai daun salam(optional)
  17. 1 bunjut sup tulang
  18. 1 peket rempath tumis kayu manis sekawanan
  19. 1 biji limau nipis (perah jusnya)
  20. 2 sudu sos ikan
  21. 1 1/2 sudu garam
  22. 1 sudu perasa masakan hilal
  23. 1 biji tomato (optional)
  24. 2 batang daun ketumbar (tambahan)

Cara Memasak

  1. 1

    Mula-mula sekali basuh bersih tulang, saya lumurkan dgn tepung gandum kemudian basuh bersih utk buang lemak2 dan kotoran pd daging. Kemudian, masukkan bahan A dalam periuk. Saya guna periuk tekanan, utk rebusan awal saya set kan masa diy selama 10 mnt.

  2. 2

    Sambil2 tu perah limau nipis, ketepikan. Ambil bahan2 B dan tumis sehingga garing.

  3. 3

    Buka periuk tekanan, masukkan bahan B, juga bahan C ke dalam periuk. Masukkan juga minyak2 yg kita guna utk menumis td.

  4. 4

    Jangan lupa garam dan perasa. Dah selesai, boleh masak semula guna periuk tekanan dan setkan di bahagian soup. Biarkan tulang masak empuk dan sedap 😋. Kalau guna periuk biasa, boleh guna step yg sama, dan masak sehingga daging empuk.
    Selamat mencuba 🥰.

Reaksi

Ditulis oleh

Ain Mohd Kitchen
Ain Mohd Kitchen @AinMemasakNo1
pada
Pulau Pinang, Malaysia
Suka masak 👩🏻‍🍳. Saja nak share resepi yang sudah dimasak 😍. Suka gambar cantik-cantik walaupun gambar sendiri tak cantik 🥴😅📸. Suka kawan dengan cookpaders dan sesiapa sahaja yang sudi🥰. Selamat Datang ke ‘Ain Mohd Kitchen’🙋🏻‍♀️. Terima kasih sudi mencuba resipi-resipi saya 😍💐. Jom kita masak ✌🏽🤩.
Baca lagi