SuperMin Cookpad
SuperMin Cookpad @SuperMin_Cookpad
Kuala Lumpur, Malaysia

Kredit: Lena Treviño @Lena (Cookpad Mexico Admin)
https://cookpad.com/mx/recetas/15207684-salsa-verde-asada

Saya amat menyukai Sos Hijau, terutamanya jika bahannya dipanggang dahulu. Pencicah terbaik untuk dimakan bersama daging, ayam, roti flutes, taco, ataupun sapu sahaja di atas tortilla dan tabur sedikit garam. Hidangan ini juga menu sihat yang sangat berkhasiat!
#for a better world

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

40-50 Minit
  1. 450 g Tomato Hijau/Muda (Tomatillo) tanpa kulit
  2. 1 biji Bawang Kuning
  3. 2 biji Lada Hijau Serrano
  4. 2-3 ulas Bawang Putih
  5. 3 tangkai Daun Ketumbar
  6. Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. 1

    Basuh tomato dan ketumbar dan biarkan betul-betul kering. Panaskan frying pan.

  2. 2

    Panggang semua bahan (kecuali daun ketumbar) dan terbalikkan ikut kesesuaian hingga semua permukaan dipanggang rata (15-20 minit)

  3. 3

    Keluarkan dari pan bahan-bahan yang telah dipanggang sempurna

  4. 4

    Apabila semua bahan telah siap dipanggang, alih ke dalam bekas tahan panas dan tutup bekas dan biarkan selama 20 minit

  5. 5

    Masukkan garam dan bawang putih ke dalam lesung dalam tumbuk halus

  6. 6

    Tambah lada dan tumbuk hingga lumat

  7. 7

    Kemudian masukkan daun ketumbar dan bawang dan tumbuk sampai hancur

  8. 8

    Masukkan tomato hijau sedikit, tumbuk halus dan ulang sampai semua tomato habis

  9. 9

    Rasa dan tambah garam jika perlu dan tuang semua jus dalam bekas tadi jika ada. Kalau nak guna blender pun boleh.

  10. 10

    Siap untuk dihidang