MaRulez Arif
MaRulez Arif @marulez

Saya memang tak pernah buat pulut dakap. Masak pulut tu biasalah kan. Maka saya gagahi menyahut cabaran pulut dakap ini. Resepi ini saya ambil inspirasi Pulut Mangga. Manakala cara masanya inspirasi dan rujukan puan @Rohani_mZain . Alhamdulillah… berjaya, 👍🏻 rasa dia. Kalau nak makan dengan santan pun ok. #pulutdakap

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

4 Dakap
  1. 2 cawan Pulut Susu
  2. 1 cawan Santan Kotak
  3. 1 sudu teh Garam
  4. 1 sudu makan Gula
  5. 8 helai Daun Pisang (size 20cmX20cm)
  6. 8 gelung Getah
  7. 4 Tali dengan 40cm panjang

Cara Memasak

  1. 1

    Rendam Pulut dalam 3 jam. Bilas dan tos. Kukus dan 30 minit sehingga masak.

  2. 2

    Bancuh Santan dan gula garam. Masukkan dalam pulut. Gaul rata. Kukus lagi dalam 10-16 minit.

  3. 3

    Biarkan pulut sejuk. Sediakan mangga. Dalam masa sama boleh layurkan Daun pisang atas api. Daun akan licin bilar dilayurkan.

  4. 4

    Kepal-kepal pulut dan penyek-penyekkan dalam segi empat tepat. Potong mangga memanjang. Letak atas pulut dan gulung seperti sushi. Lipat kedua-dua hujung.

  5. 5

    Ambil 2 bungkus dan ikat dulu dengan gelang getah kedua-duanya. Kemudian barulah ikat dengan tali. Selepas itu kukus sekali lagi dalam 10-15 minit. Selesai.