Putu Kacang Mak Endang #RayaPertama

Secubit Rasa Cik Nani🌷
Secubit Rasa Cik Nani🌷 @cndidapur
Kampar, Perak

Assalamualaikum sahabat Cookpadders semuanya 💖

Alhamdulillah kita sudah memasuki tanggal 5 Syawal 1440H ya. Sudah lima hari kita berhari raya. Pasti banyak sekali hidangan Lebaran yang telah kita nikmati kan? Antaranya kuih muih tradisional.

Kuih Putu Kacang adalah kuih pertama yang CN buat bersama Mak dan Bapak. Ketika itu CN berusia 6 tahun. Seronok melihat Mak dan Bapak menumbuk kacang hijau sehingga menjadi tepung dan CN membantu Mak menekan tepung kacang hijau ke dalam acuan. Sampai sakit-sakit ibu jari CN ketika itu. 😂 Indahnya kenangan kan...

CN boleh katakan inilah kuih kegemaran CN sehingga sekarang. Jujur, amat sukar untuk CN mencari kuih Putu Kacang yang sama seperti air tangan Mak dan Bapak di zaman ini. Malah CN sendiri juga gagal berbuat demikian.

Justeru, CN kongsikan resipi Rahsia Mak CN ini untuk kita bersama pelihara kuih warisan berzaman ini. 😍

Nota:
1. Sangai adalah proses menggoreng tanpa menggunakan minyak.
2. Untuk resipi ini, CN kongsikan kaedah pembuatan mengikut cara tradisional. Ini kerana, tekstur kuih putu lebih halus dengan menggunakan lesung berbanding mesin pengisar.
3. Resipi Mak CN ini tidak boleh langsung adunan tepung terkena air. Ia akan menjadikan kuih putu keras (pantang larang).
4. Kuih ini nampak mudah tetapi agak rumit sebenarnya. Ada pantang larang yang perlu dipatuhi. Malah perlukan kesabaran yang tinggi. Ia tidak dibakar tetapi tahan lama.

#RayaPertama
#CookpadMalaysia
#PeraduanResipi
#PutuKacang #KuihRaya
#CNdidapur

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

2 hari
60+ biji
  1. 600 / 700gm gula pasir
  2. Bilangan kuih putu yang terhasil mengikut saiz acuan putu
  3. Peralatan yang diperlukan:
  4. Lesung batu besar @ mesin pengisar
  5. Acuan putu
  6. Talam
  7. Kain nipis
  8. Pisau

Cara Memasak

  1. 1

    Bersihkan kacang hijau. Asingkan dari bendasing seperti batu dan lain-lain. Sangai kacang hijau sehingga garing dan naik bau. Ketika masih panas, masukkan kacang hijau ke dalam kain bersih dan diikat kemas. Tumbuk kasar kacang hijau dan tampikan untuk membuang habuk kulitnya. (Kaedah tradisional).

  2. 2

    Seterusnya tuangkan kacang yang telah ditampi ke dalam lesung batu. Tumbuk lagi sehingga halus dan bertukar menjadi warna putih seperti tepung.

  3. 3

    Ayak tepung kacang hijau untuk memastikan tiada ketulan. Jika ada, tumbuk ketulan itu sehingga hancur dan halus. Ketepikan.

  4. 4

    Tumbuk pula gula pasir sehingga halus dan tapis. Pastikan ia tiada ketulan juga.

  5. 5

    Setelah itu, satukan tepung kacang hijau tadi dan gula halus. Gaul sebati menggunakan tangan.

  6. 6

    Apabila sudah sebati, tutup adunan tepung dengan kain nipis seperti tudung bawal. Biarkan ia berembun semalaman.

  7. 7

    Adunan tepung yang dibiarkan semalaman akan menjadikan ia sedikit lembab kerana tekstur gula yang basah (berkristal). Adunan tepung yang menjadi adalah apabila ia boleh dikepal-kepalkan.

  8. 8

    Dengan menggunakan acuan kuih putu (Acuan Kayu lebih bagus digunakan), taburkan tepung gandum sedikit ke dalam acuan (elak melekat). Ketukkan ia keluar dan barulah dimasukkan adunan tepung kacang hijau tadi ke dalam acuan. Padat-padatkan ia. Kikis lebihan tepung di acuan dengan pisau.

  9. 9

    Kemudian ketuk acuan dengan cermat untuk mengeluarkan kuih putu. Susun kuih di dalam talam dengan kemas.

  10. 10

    Selesai semuanya, tutupkan talam dengan kain nipis seperti tudung bawal dan jemur ia di bawah terik panas matahari.

  11. 11

    Mak CN menjemur kuih ini paling kurang dua hari dengan cuaca yang benar-benar panas untuk mendapatkan tekstur kuih putu yang rapuh dan gebu.

  12. 12

    Susun kuih putu di dalam bekas kedap udara. Sedia untuk dinikmati.

  13. 13

    Ini adalah contoh gambar lesung batu besar yang digunakan oleh Mak CN untuk menumbuk kacang hijau. Alunya pula diperbuat daripada besi. Yang menumbuk kacang hijau ini adalah Allahyarham Bapak CN kerana alu lesung ini berat sekali. Mak CN akan duduk di tepi lesung dan memegang lesung agar tidak bergerak ketika ditumbuk. Lesung ini juga dilapik bahagian bawahnya dengan kain guni tebal. Gambar kredit - Google

  14. 14

    Ini pula adalah Acuan Putu Kacang lama yang susah untuk diperoleh pada masa kini melainkan ditempah khas. Acuan kayu amat sesuai digunakan kerana teksturnya yang kuat dan tahan lasak apabila diketuk dengan kuat. Gambar kredit - Google

  15. 15

    Ini adalah talam dan kain nipis yang digunakan dalam proses menjemur kuih putu ini. Gambar Kredit - Google

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Wanish Baked
Wanish Baked @cikwanis
Sekarang musim hujan la pulak 😂

Ditulis oleh

Secubit Rasa Cik Nani🌷
pada
Kampar, Perak
Assalammualaikum🥷🏽 CN di sini. Ex Wartawan RASA & Editor Buku Resipi Alaf 21. Minat memasak, mencipta resipi, Foodstyling dan Food Photography 📸 ✍🏻Join CookPad sejak 14 Mei 2019 🎬Follow & Subscribe CN di YouTube (Secubit Rasa Cik Nani) dan TikTok (CNDidapur) untuk video masakan terkini. 📱Foodstyling & Food Photography (KaryaJiwa byNSZ) ❤️ & Nanilicious Wonderful by NSZ (since 2014) 💻IG: cndidapur | karyajiwa_bynsz 🍋Lemon8: @CNdidapur 🍭Cari resipi CN gunakan #CNdidapur
Baca lagi