👩‍🍳Laksa Johor

12 orang bercadang membuatnya
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Kali pertama cuba Alhamdulillah menjadi. Inspirasi resipi chenom tetapi saya telah separuhkan semua bahan kerana resipi asalnya untuk 10 orang makan.

Persediaan untuk memasak laksa Johor memakan masa agak lama kerana berbagai bahan yang digunakan. walaupun begitu, hasilnya sangat sedap dimakan.

#merdekapassport

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
5-6 orang
  1. 4 ekor ikan kembung saiz sederhana
  2. 1 kotak santan
  3. 1 sb kerisik
  4. 3 tangkai daun kesum
  5. 3 helai daun pudina, hiris nipis (jika suka)
  6. 1 keping asam keping
  7. garam secukup rasa
  8. 2 sb minyak masak
  9. 7 ekor udang sederhana- untuk stok udang
  10. Bahan-bahan kisar halus (A):
  11. 1 st lengkuas kisar
  12. 2 sb cili kisar
  13. 2 sb bawang merah kisar
  14. 1 st bawang putih
  15. 1 serai- hiris nipis
  16. 1 st belacan bakar
  17. 1 sb udang kering, rendam sampai lembut- kisar
  18. Bahan-bahan untuk kisar halus (B):
  19. 2 keping (20 g) isi ikan kurau masin, rendam sampai lembut
  20. isi ikan rebus (dari bahan atas)
  21. Bahan-bahan untuk spaghetti:
  22. 1/2 paket spaghetti
  23. 1 st garam
  24. air secukupnya
  25. sedikit minyak
  26. Bahan-bahan untuk hiasan/ulaman:
  27. timun, buang kulit dan biji,hiris nipis
  28. taugeh, buang ekor
  29. daun kesum, hiris nipis
  30. kacang panjang, hiris dadu
  31. bawang besar, hiris nipis
  32. lobak masin- tiada
  33. Bahan-bahan untuk sambal belacan:
  34. 3 biji cili merah
  35. 5 biji cili padi
  36. 1 ulas bawang putih
  37. belacan bakar, sebesar ibu jari
  38. air perahan jus limau kasturi
  39. garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak

  1. 1

    Rebus ikan dengan sedikit air + garam + asam keping. Asingkan isi. Simpan air rebusan.

  2. 2

    Rebus udang dengan sedikit air. Bila sudah masak asingkan kulit dan kepala udang. kisar kulit dan kepala udang dan tapis airnya. ketepikan.

    Asingkan isi udang untuk kisar bersama bahan kisar B
    Kisar semua bahan B sehingga halus.

  3. 3

    Cara penyediaan spaghetti:
    Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan garam, sedikit minyak dan spaghetti.Rebus hingga lembut.Toskan

  4. 4

    Cara penyediaan kuah laksa:
    Panaskan minyak masak dan tumis Bahan Kisar Halus A sampai naik bau.Masukkan serbuk kari. Teruskan kacau di atas api perlahan sehingga pecah minyak dan garing.

  5. 5

    Masukkan pula Bahan Kisar Halus B, bersama air stok udang dan air rebusan ikan. Masak sehingga kuah mendidih.

    Masukkan santan, kerisik, daun kesum, daun pudina, asam keping, gula melaka dan garam secukup rasa.

  6. 6

    Renehkan kuah di atas api perlahan sehingga mencapai tahap kepekatan yang sesuai.

  7. 7

    Cara penyediaan sambal belacan:
    Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan belacan. Tidak perlu letak air dan jangan kisar terlalu halus.

    Perah jus limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

  8. 8

    Cara Hidangan Laksa Johor:
    Letakkan spaghetti ditengah pinggan; Susun ulaman disekeliling spaghetti.
    Letak kuah dan sambal belacan.
    Sedia untuk dimakan.

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 The kitchen is the heart of the home❤️🏠 ‘Educate Through Cooking’📝 🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi