Ell Sakimin
Ell Sakimin @ell_sakimin710

Kukis comel yang senang disediakan. Anda juga boleh buat kukis ini bersama anak anak anda. Rasanya yang sedap, ditambah pula dengan rupa yang comel dan warna warni. Pasti menambat hati anak anak kecil. Selamat mencuba😊

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

60@80biji
  1. 250 gm butter
  2. 120 gm gula halus
  3. 320 gm tepung gandum
  4. 2 sb susu tepung (optional)
  5. 1/2 sk serbuk penaik
  6. 50 gm serbuk badam
  7. Hiasan
  8. Cokelat masakan
  9. Manik taburan

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan anda.

  2. 2

    Pukul butter dan gula sehingga kembang. Jangan lupa masukkan esen vanilla.

  3. 3

    Kemudian campurkan tepung gandum yang sudah diayak bersama serbuk penaik. Campurkan sekali susu tepung, tepung jagung dan serbuk badam. Gunakan alat yang paling sesuai untuk menggaul bahan bahan ini, iaitu TANGAN anda😬. (Pastikan cuci bersih dan lap kering tangan anda). Uli adunan sehingga menjadi doh. Rehatkan doh dalam 15minit.

  4. 4

    Mula canaikan doh dan gelek sama rata. Terap menggunakan acuan bentuk donut. Susun atur atas loyang.

  5. 5

    Bakar pada suhu 150’ selama 25min atau sehingga masak. Selepas masak sejukkan biskut betul-betul sebelum dihias.

  6. 6

    Cairkan coklat masakan. Sediakan taburan manik. Peringkat ini, anak anak sangat SUKA nak menolong😊.

  7. 7

    Boleh mula celupkan biskut ke dalam coklat yang dah dicairkan. Selepas itu susun atas redai dan tabur manik hiasan sebelum coklat mengeras.

  8. 8

    Biskut Donut Comel is done! Selamat mencuba😊

Komen (7)

Jasmin Mynn
Jasmin Mynn @cook_29233411
Wah. Menariknya. Saya save ye sis. Terima kasih

Ditulis oleh

Ell Sakimin
Ell Sakimin @ell_sakimin710
pada