Kueyteow Goreng Seribu Impian #phoPbyLiniMohd #menuberbuka

Ell Sakimin
Ell Sakimin @ell_sakimin710

Satu lagi hidangan favourite waktu berbuka😊. Anak anak suka , mama pun gembira tengok anak anak kenyang. Tidak perlu kerang atau udang besar besar untuk pikat hati anak. Rencah ayam atau fishball pun boleh, janji masak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang, ikatan disitu telah terjalin😘😘😘. Selamat mencuba!

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

4@5orang
  1. 2 biji bawang merah
  2. 2 ulas bawang putih
  3. 2 sb cili boh(jika hendak guna cili besar, guna 3 biji buang biji dan kisar bersama bawang)
  4. 3 sb sos tiram
  5. Sedikit kucai
  6. Sedikit taugeh
  7. Air
  8. Minyak untuk menumis
  9. Sepeket kuetiow
  10. Bahan perencah
  11. Ayam potong dadu
  12. Sebiji telur

Cara Memasak

  1. 1

    Seperti biasa, saya suka kumpulkan bahan bahan setempat, takut ada yang tertinggal😊

  2. 2

    Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan ciliboh. Kacau sehingga naik bau, masukkan ayam. Kacau sehingga ayam masak. Kemudian masukkan sos tiram, kicap lemak manis dan sedikit air.(masukkan air ikot puan puan.. sekiranya nak goreng kering, sedikit air mencukupi. Jika nak buat basah, lebihkan air)

  3. 3

    Bila mendidih kuah masukkan bebola ikan, kucai, tomato dan pecahkan sebiji telur di dalam. Biarkan sebentar dan kacau perlahan-lahan. Masukkan kuetiow dan gaul perlahan bagi sebati.

  4. 4

    Bila sudah mesra, masukkan taugeh dan tutup api dapor. Kacau hingga rata. Kuetiow goreng is doneee!!! Selamat mencuba ye puan puan😊👍